Cepat,Tepat Dan Terkini!!

FD TECHS Enterprise

Laman Utama



LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat ini telah didaftarkan atas nama FD TECHS ENTERPRISE yang bertarikh 18hb Disember 2007. Syarikat ditubuhkan secara perseorangan. Pada awal penubuhan, ia banyak menjalankan operasi membaik pulih komputer, membina laman web, membina laman forum dan membekal serta penginstalan perisian computer.

 

Tapi bermula pada awal tahun 2008 ia telah berkembang merangkumi bidang penyediaan tenaga pengajar, membekal peralatan komunikasi, bahan bantuan mengajar, peralatan merin, hiasan jalan/kawasan, makanan bermasak islam, serta alat tulis. Ini sejajar dengan cabaran kini yang memerlukan sesebuah syarikat tidak hanya tertakluk kepada satu dua bidang.

 

Walaupun syarikat ini baru berusia setahun jagung, namun pengalaman yang sedia ada akan menjamin perkhidmatan yang diberikan akan membuat pelanggan berpuas hati. Kebanyakan urusniaga dijalankan adalah di antara institusi  kerajaan dan segelintirnya adalah swasta. Walaupun terdapat banyak cabaran dalam urusniaga dengan kerajaan, dengan khidmat serta cara berurusan dengan betul maka kami percaya kami akan mendapat kepercayaan yang penuh bagi menjalankan urusniaga dengan mereka.

 

Copyright (c)2008